Monday 9 April 2012

bersangka baik itu amalan terpuji :)

bila kita sayang orang,orang tak sayang kita.
bila kita jaga hati orang,orang tak jaga hati dan perasaan kita.
bila kita cuba untuk faham orang,tapi orang tak faham diri kita.
bila kita berusaha untuk buat yang terbaik,tapi orang tak hargai kebaikan kita.
sampaikan kita terasa dunia ni tidak adil tapi kita sedar tak yang ALLAH maha adil..?

mak pernah cakap "jangan SESEKALI kita buat orang,tak baik"
walau ada masanya orang sakitkan hati kita,tapi itu bukan alasan untuk kita buat benda yang sama.hmm,susah jugak sebenarnya buat macam tu.pretend to be ok :)

bila kita rasa orang tak faham kita,tak hargai kita,tak sayang kita semuanya disebabkan kita mengharapkan balasan dari orang tu.kalau kita letak harapan/pergantungan dekat ALLAH dan buat semua benda kerana ALLAH,insyaallah kita takkan rasa kecewa,sedih,sakit hati,terkilan dengan perbuatan diorang.jadi,kena ikhlaskan hati  :)

**bila ada orang sakitkan hati kita,mungkin dia tidak berniat nak buat macm tu.....
**bila ada orang tak hargai ape yang kita buat,mungkin dia terlepas pandang.ye la,mereka pun manusia biasa jugak.ada kekhilafan masing2....
**bila terasa ada orang berdiam diri dan  terputus hubungan,mungkin dia sibuk/menghadapi urusan dan perkara yang sukar.bukan bereti lupa,apatah lagi membenci...
**bila ada orang cakap lepas sampaikan rasa tersinggung,mungkin dia tak sedar....
**bila terasa ada orang tak mampu sayang kita macam mane kita sayang dia,mungkin dia tak tahu yang kita sayangkan dia.jadi tak boleh salahkan dia.doakanlah dia bahagia dengan siapa pun yang dia pilih dan sentiasa doakan yang terbaik,semoga ALLAH memelihara dirinya selalu :))


---jadi,kita kena sentiasa bersangka baik---

No comments:

Post a Comment