Friday 4 January 2013

itu..AKU.


Assalamualaikum.

1.PENCINTA BUKU.
aku sangat gilakan buku.bagi aku,membaca tu satu kepuasan sampai kadang baca buku ulang2.hahaha.keobsesan yang melampau terhadap buku menyebabkan aku boleh lepak dekat kedai buku semata-mata cuci mata kalau kewangan yang tak mencukupi beli buku.sesuatu yang sangat mustahil bila aku masuk kedai buku dan tak  beli ape2.sekurang2nya aku akn beli satu buku walaupun niat asal semata-mata nk tgok buku keluaran terbaru.malahan,aku menjadikan pesta buku aktiviti tahunan yg wajib dikunjungi.betapa obses dan macam hobi kumpul koleksi buku & ada yg tak sempat baca lagi sbb bg aku,bila2 pun boleh baca tapi plg penting kena beli dulu.


2.GILA COKLAT.  
aku sangat sukakan coklat terutamanya hazelnut dan segala makanan yang ada unsur coklat  tak kiralah cup cake coklat ke moist chocolate cake dan chip chocolate cookies.hahaha.bagi aku,coklat dapat jadi penawar dan mampu hilangkan rasa sedih/tekanan walaupun sebenarnya tak elok makan coklat selalu sebab kandungan gula yang tinggi dlm coklat.

3.DEGIL,.
kedegilan tahap super maksima.ni memang sikap semulajadi sebab bila aku kata ya terhadap sesuatu perkara,maksudnya memang ya dan bila aku kata tak,maksudnya memang tak.aku tak suka buat sesuatu yg memang bukan dari hati dan benci dipaksa.ketegaq sangat aih.

4.GARANG. 
ye,aku garang dan tegas.adik2 aku pernah cakap aku garang macam singa dan anak2 murid aku pun pernah cakap aku garang macam harimau.hahaha.mungkin ni faktor yang menyebabkan aku kurang selesa bila berhadapan dengan orang yang sikap die manje.

5.SUKAKAN ALAM SEMULAJADI.
aku akan rasa tenang sangat bila tengok pemandangan terutama pantai,tasik,hujan lebat,pelangi,awan,sungai dan pokok2 yang menghijau,taman.

6.PENDIAM. 
aku ni tersangat pendiam pada asalnya dan aku jenis suka buat hal sendiri.aku agak payah nak biasekan diri sebab sikap aku yang lebih senang berdiam dan secara tak langsung,kebisuan aku ni menyebabkan aku susah nak approach orang,jadi orang yang tak kenal akan cakap aku sombong.kawan2 rapat aku je faham dan tahu perangai sebenar aku macam mane.

7.MEMENTINGKAN PRIVACY
aku sangat mementingkan privacy dan aku cukup tak menggemari orang2 yang menceroboh barang-barang aku tak kiralah kalau laman sosial sekalipun.sape yang perasan,mungkin dia taw macam mane rupanya laman sesawang aku.ade la sesetengah orang yang sedar dan pernah cakap...."apesal privatekan laman sesawang??suka hilangkan diri dari laman sosial dan ayat memang tak boleh nak lupa sampai sekarang bila seseorang cakap ..."kedekutnya pic.." gara-gara tak banyak gambar dan kalau ada pun,mungkin gambar aku ramai2 dan jauh.macam mane aku tak suka hak peribadi aku diganggu,maka aku cuba untuk tak mengambil tahu walaupun naluri aku membuak-buak.bahahaha.

8.OVERTHINKING.
entah kenapa aku suka sangat fikir pandangan orang lain terhadap diri aku.jadi,secara tak langsung benda ni dah macam sekat aku untuk berkembang dengan lebih baek.asyik fikirkan orang lain tapi tak fikirkan diri sendiri.terkadang sampai fikir takpe,hati sendiri terluka asal jangan lukakan hati orang.(ye.hati aku memang dah banyak terkorban) 


9. EGO. 
aku tak suka expresskan perasaan sendiri.memang nampak aku ni macam 'heartless' dan aku lebih senang simpan rasa sendiri sebab aku susah nak berkongsi  cerita serta meluahkan rase hati dengan orang lain.aku ni bukanlah seorang yang terbuka nak bercerita pasal perasaan dan tentang hati sendiri..aku tak suka menangis depan orang sebab hati je yang selalu nangis dalam diam dan cuma hanya sesetengah orang  yang pernah tengok aku hujan lebat.sesetengah orang ni jugak la yang aku pernahkan curahkan rasa hati dan perasaan aku dan orang2 ni adalah kaunselor aku yang terbaik.

10.LOVE ARTS,MUSIC AND PHOTOGRAPHY. 
aku sukakan muzik sebab mungkin ni antara salah satu terapi bila aku bosan.selain itu,aku jugak sukakan bidang keseniaan macam penulisan,potret lukisan.aktiviti mengambil gambar jugak salah satu bidang yang aku minat.

12.COMPLICATED AND UNPREDICTABLE. 
aku adalah seorang yang susah nak jatuh cinta dan sayang,susah nak percayakan orang,susah nak dijangka dan susah untuk difahami.aku susah nak jatuh cinta mungkin sebab pintu hati aku belum terbuka dan mungkin jugak faktor aku tak yakin dengan hubungan yang tak pasti dan mungkin bimbang dikecewakan.mungkin..mungkin..mungkinn...jadi,aku berusaha untuk menjaga hati dengan sebaiknya supaya tidak berlebihan sebab ia akan bagi kesan yang dalam bila aku kecewa dengan sikap mereka.contohnya,bila aku dah sayangkan seseorang baik kawan perempuan dan lelaki,maka aku akan sayang gila-gila.

then,susah nak percayakan orang dan disebabkan faktor ni la menyebabkan aku  memerlukan mase untuk menyesuaikan diri apatah lagi nak bina rasa percaya dekat seseorang.jadi,secara tak langsung,ia akan menyebabkan aku susah nak berkongsi kisah hati atau aktiviti yang aku buat disebabkan tiada rase percaya itu.entah lahh.tapi,andai aku pernah bercerita tentang kisah hati/perasaan/aktiviti yang aku buat walaupun perkara yang nampak remeh temeh maka kalian adalah orang yang bertuah sebab maksudnya aku percayakan kalian.contohnya,aku boleh bercerita setiap interview yang aku pergi,aktiviti yang aku buat sama ada join training atau tanye pandangan,maksudnya aku dah ada rasa percaya dan aku sayang dekat kalian.percayalah,orang2 yang aku pernah berkongsi cerita menandakan korang sentiasa dekat dengan hati aku nii.

13.SHOPPAHOLIC.  
aku ni jugak boleh dikatakan kuat berjalan sebab aku suka cuci mata dekat shopping mall walaupun kadang2 bukan beli ape-ape.orang cakap 'window shopping' la kan..aku memang jenis suka berjalan.kalau berjalan seharian pun tahan tapi takdelah sampai balik dah lewat malam.
aku sangat rindukan kawan2  yang teman aku berjalan dekat sawah,jalan kaki pergi pekan,pergi pasar.pernah la antara kawan2 aku ni cakap.."kalau ikut ko,memang tawaf la dekat pasar malam tu.hehe."aku rinduuu korang.disebabkan aku suka berjalan.jadi dah tentulah aku minat melancong dan pernah buat kerja gila pergi satu tempat walaupun esoknya ade kuliah.sengal bila ingat balik.

14. 2K.  
aku ade 2k yang memang tak boleh nak diubah dari dulu sampai sekarang..k yang pertama ni mewakili 'kurang berat badan(kurus),hakhakhak.ada kawan2 panggil aku skeleton.uuu,agak ngek la kan sebab diorang kate aku macam skeleton.wuwuwu.taw la aku ni kurang berat badan dan memang tak boleh nak jadi berisi walaupun makan banyak.member suka cakap hanya pipi aku je yang akan besar kalau makan banyak dan memang badan takkan  membesar.so,maknanya segala makanan yang aku makan akan pergi dekat pipi.agaga.tapi,takpe aku tetap comel ;p

K yang kedua ialah kecik atau bahasa yang kasar sikit pendek!aku memang tak boleh nak membesar dah sebab ketinggian aku cuma setakat ni je.teringin nak tinggi...tapi,aku gembira je sebab ni kelebihan untuk senang diingati.haha.bila kawan2 lame yang keliru aku sebab ramai name same macm aku,diorang akan selalu sebut..'owh,yana yg kecik2,pendek2 comel2 tu kan??kui3..see.senang nak ingat.sebenarnya,memang dah ramai jugak yang tegur..'bila ko nak besar ea yana..kecik je same macam dulu...ko minum la susu banyak2 bagi membesar"hahaha.memang rase tak boleh bla bila diorang bagi cadangan lagi soh minum susu.macam la aku ni budak2 yang baru nak membesar padahal umur dah 20 ++ kot.hmm,ape nak buat?den baka kecik.tapi,maaf la sebab den tak suka susu.mungkin faktor ni menyebabkan tumbesaran aku terbantut.kahkahkah.takpela yang penting aku comel!!hehehe :DD (kecik=comel=awet muda)..

15.benci bila didekati sebab rupa paras dan ada niat laen.berkawan sebab nak test market.ouhh,plez!i'm not your option and i don't want to be your tester.aku perlukan komitmen yang tinggi maksudnya bila ko kawan dengan aku sebab ko ada tujuan yang jelas bukan sebab aku ni tempat nak hilangkan bosan atau teringat sebab ade perkara penting jeee.pliz.keep yourself 
distance from me.

16.BIG DREAMS. 
aku ada 3 impian yang terbesar dan sentiasa tersimpan kemas dalam lubuk hati aku yang paling terdalam dan tak pernah terpadam sehingga sekarang selagi belum tercapai.moga DIA mempermudahkannya bagi aku mampu untuk merealisasikannya suatu saat nanti. "ada perancangan dan impian yang orang lain tidak perlu tahu.cukup hanya diri kita dan DIA sahaja mengerti."i wish..i wish..

yang penting,nak jadi lebih baek.sikap negatif,kena kurangkan,sikap positif kena hebatkan lagi!

No comments:

Post a Comment