Monday 9 April 2012

kekurangan itu satu kelebihan

assalamualaikum.



"manusia memang tak tahu bersyukur"




ada orang rasa kekurangan sebab dia berwajah gelap atau dalam bahasa sopan,kurang menarik.ada jugak orang merasa rendah diri disebabkan dia gemuk.dia selalu anggap kerana bentuk fizikal dia yang gemuk tu menyebabkan dia kekurangan berbanding dengan orang lain.ada jugak orang yang malu sebab tahap pendidikan dia lebih rendah berbanding kawan-kawan dia.hmmm,aku pun tak terkecuali jugak sebab aku pernah rasa kurang keyakinan diri disebabkan fizikal aku yang kecik atau dalam bahasa yang agak kasar rendah/pendek.hakhakhak.almaklumlah la,tak berapa nak membesar.kurang ketinggian mungkin.:P  


manusia tak pernah bersyukur dengan ape yang dia dah ada.ini lumrah.dia tidak pernah puas dengan ape yang dimiliki.bila kita terlalu obses nak capai sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita ,kan akhirnya dah menyeksa diri sendiri.contohnya,korang ni gemuk tapi korang dah pasang azam yang korang mesti kuruskan badan walau macam manapun caranya termasuklah diet yang mengarut dan makan segala pil pelangsing.bukan ke perkara macam ni akhirnya memakan diri sendiri.elok2,nak dapat bentuk badan yang ideal,terus pakej sekali dapat penyakit sebab diet yang melampau dengan ikat perut.memang obesiti itu tidak bagus tapi kalau ye pun nak turunkan berat badan,kena la ikut saranan doktor atau pun mengamalkan gaya hidup  yang sihat.contohnya,bersenam setiap weekend dan makan mengikut kuantiti yang dinasihatkan oleh pakar pemakanan ok? :)

Bayangkan pulak,korang ni kurang cantik tapi disebabkan korang terlalu obses dengan perkataan ‘cantik’ sampaikan korang sanggup beli pelbagai jenis produk penjagaan muka dan bertukar-tukar produk kecantikan semata-mata nak dapatkan kulit yang putih gebu.benda ni secara tidak langsung menunjukkan yang korang tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA.ada masanya,produk tu tak sesuai dengan kulit muka korang tapi disebabkan faktor untuk dilihat menarik,korang ketepikan semua risiko2 ni.mungkin produk yang korang guna boleh menyebabkan penyakit kanser kulit.apatah lagi bila korang mengambil tindakan untuk memiliki wajah yang cantik menarik disebabkan rasa kekurangan tiada  kekasih apabila melihat kawan2 sekitar korang yang bahagia dengan kekasih diorang.kenapa nak rase sedih kalau takde kekasih?jodoh tu kan di tangan tuhan.jadi,tak perlulah nak melakukan perubahan yang terlalu drastik dengan harapan nak cari kekasih.kalau betul pun korang dapat kekasih sebab usaha korang untuk jadi menarik tu telah berjaya,percayalah yang semua benda ni tak kekal lame.maksudnya,mereka cuma tertarik dengan korang sebab fizikal semata-mata bukan hati dan sikap.biar sederhana dan indah pada pandangan manusia  tapi tinggi darjatnya pada pandangan-NYA sebab tak guna jugak dipandang tinggi dan disanjung orang ramai tapi bila di sisi ALLAH,kita ni takdelah sehebat mane. T_T

Sebenarnya,kekurangan itu satu kelebihan.contohnya,dengan kekurangan yang kita ada menyebabkan kita ada nilai istimewa.orang lain menghargai kita sebab ALLAH menutup aib kita.betapa indahnya.jadi,kita janganlah memandang rendah dan memperkecilkan diri orang lain sebab takde manusia yang sempurna.ini tak,bila orang hitam/gemuk/pendek,korang kutuk dia.walaupun,aku berasa sedikit kekurangan  sebab kecik,tapi ni satu kelebihan untuk senang diingati.hahahaha.

kadang2,kita sendiri tak dapat nak puaskan hati semua orang.entah,aku pun tak faham.ada antara orang2 yang rapat dalam hidup aku pernah mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati aku tapi aku sentiasa cuba untuk bersangka baik.takpe,mungkin diorang takde niat nak cakap camtu,tak sengaja,atau tak sedar.think positive oke!



-- aku manusia biasa,dan banyak kekurangan tapi aku bersyukur.alhamdulilah--

pernah tak terfikir,kalau korang kurang menarik,sebenarnya korang terhindar dari perangai manusia2 yang ada niat jahat.dia berkawan dengan korang sebab ikhlas,bukan berkawan sebab fizikal korang.kalau korang seorang yang pendiam,mungkin korang nampak ada kekurangan sebab tak berapa ramai kawan tapi korang dapat menjaga mulut korang dari mengeluarkan perkataan yang tak sakitkan hati orang lain.bukan maksudnya,orang banyak cakap ni jahat cuma biasalah bila seseorang yang banyak cakap kadang2 tak sedar yang tak semua orang sama dan mungkin ada kata-kata yang mengguris hati.. :)

kalau korang cuma pelajar biasa,korang terhindar dari perasaan dengki orang lain terhadap kepandaian korang..nampak tak kelebihan di sebalik kekurangan korang tu..kan??tapi,jangan korang biarkan kekurangan ni sampai orang lain mempermainkan korang.kalau tak pandai,berusaha untuk berubah.kan lebih baek..hmm,jadi,semua tu ada kelebihan dan kenapa berasa kekurangan bila ALLAH sentiasa ada memerhatikan korang.cukuplah ALLAH bagiku dan DIA lebih memahami.

nota jiwa: jadilah insan yang istimewa di sisi ALLAH.utamakan pandangan-NYA,bukan pandangan manusia.hee

No comments:

Post a Comment