Saturday 30 May 2015

ONE step closer~

                                                                          Assalamualaikum.


Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ni,aku nak berkongsi sesuatu yang tidak pernah aku kongsikan dekat mana-mana laman sesawang.jadi,sape yang follow blog aku,korang sepatutnya rasa bertuah.kehkeh.kalau tengok tajuk entry,mungkin korang sendiri akan faham ttg coretan yg aku ingin tuliskan dekat sini."ONE STEP CLOSER" atau dalam bahasa melayu ialah satu langkah ke hadapan..sebenarnya aku sudah bertunang.aku bertunang tahun lepas dan hanya diketahui oleh keluarga dan saudara terdekat.


cincin sbg tanda,setia di hati itu lebih berharga~


khitbah/bertunang adalah satu langkah untuk  menuju gerbang perkahwinan. waktu bertunang ni la,kita sudah ada komitmen atau tujuan jelas yang ingin dicapai.bertunang dan bercinta adalah satu term yang sangat jauh bezanya.apabila kita sudah mengambil keputusan untuk menerima seseorang dalam hidup,kita akan mula merancang dan memikirkan jauh lebih ke hadapan.selain itu,kita akan berusaha untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi alam rumah tangga..kalau bercinta tu mungkin korang ada perancangan untuk berkahwin tapi bila korang dah bertunang,korang akan lebih details untuk sesuatu perkara bermula dari persiapan perkahwinan hingga selesai majlis dan kehidupan selepas mendirikan masjid.semua benda ni perlukan perancangan apatah lagi bila korang dan pasangan jauh.sorang nun di utara,sorang nun di selatan,sorang di timur dan sorang di barat.pertunangan bukan hanya melibatkan dua orang tapi ia melibatkan dua belah keluarga dan semua faktor perlu diambil kira.


dulu2,aku selalu mendengar orang cakap bertunang itu "darah maneh".kalau korang nak tahu,darah manis tu bukan bermaksud alam pertunangan tu manis sentiasa tapi masa ni la korang akan diuji dengan bermacam-macam perkara.sape yang dah melalui fasa ni,korang akan faham.ujian ni berbeza untuk semua orang.ada yang diberi ujian yang besar,ujian yang kecik dan apa yang paling penting ialah cara untuk kita menghadapi situasi tersebut.sepanjang aku bertunang,macam2 aku lalui dan aku tergerak hati untuk menulis sebab nak berkongsi dengan korang semua.ada beberapa contoh ujian yang mungkin korang akan lalui.antaranya...:


1) MASALAH HATI/EMOSI
hati memang memainkan peranan yang penting. bila hati mula menguasai akal fikiran,mulalah jadi emo sensorang.hahaha.ade je benda yang tak kena.kalau tetiba pergaduhan mula tercetus,lebih baik cool down dulu.jangan diikutkan kata hati sebab buruk padahnya nanti.kadang-kadang benda kecik pun boleh menyebabkan pergaduhan.apatah lagi bila sesuatu isu tu besar,lagilah teruk.semalam pun gaduh lagiii.ape nak jadi lahaii,ishh.selain itu,tetiba je jadi cepat sensitif entah ape2.kadang bila contact pun tak tahu nak cakap ape tapi bila tak contact,rase macam banyak benda nak cakap dan kena bincang.mungkin rindu ke mungkin tempat lepaskan rasa amarah tak taw la rase ape.haha.dia suka cakap "aku selalu jadikan dia punch bag" :(  bila ko mula rasa panas hati,cepat2 istighfar dan jangan jadikan keadaan makin keruh sebab nanti macam2 perkataan keluar dari mulut.syaitan ni sangat hebat dalam menghuru-harakan hidup anak adam yang ingin mendirikan masjid.dugaan sungguh.jangan terpedaya dengan hasutan syaitan okeyy!


2) KOMUNIKASI
komunikasi adalah antara perkara yang terpenting dalam sesuatu perhubungan.alam pertunangan memerlukan kita banyak berkomunikasi.lelaki dan perempuan itu fitrahnya berbeza baek dari segi emosi,cara pemikiran,sikap dll.perempuan lebih banyak berkias tapi lelaki pulak merupakan makhluk yang berterus terang..jangan terlalu berkias sgt sebab kaum adam ni bukannye boleh faham semua perkara yang ko cuba nak sampaikan.kadang2 ko fikir A,dia pulak tafsir B..bila ko mula berkeras nak terang yang ko betul dan dia tak faham2,karang mulalah tercetusnya pergaduhan disebabkan salah faham dan ketidakberkesanan dlm b'komunikasi.tak pasal2,keluar perkataan "saya tak faham cara awak pk etc2"..haha.JANGAN!boleh beli dan baca buku "men are from mars and women are from venus" & "think like a man ad act like a lady".kihkih.buku ni bagus sbb ada tips2 untuk kita lebih memahami.


3) PERSEKITARAN /ORANG SEKELILING
persekitaran dan orang sekeliling juga memberi pengaruh kepada hubungan kita dan pasangan.masa waktu macam ni la,tetiba je ada manusia yang tak sepatutnya hadir muncul!contohnya seseorang yang selama ni tak pernah tunjukkan sebarang respon dekat ko datang luah perasaan dalam bentuk kiasan,kawan yang lost contact datang cuba menarik perhatian,calon tak jadi yang telah ditepis dan sebagainya.sama ada ko atau dia akan diuji atau mungkin kedua-dua sekali.kalau tak kuat,pergh...maka,rasa percaya dan jujur perlu ada.kawan awak,kawan saya.kawan saya,kawan awak.kan bagus sebab kita kenal kawan dia.keadaan persekitaran tu termasuklah keluarga/kawan2 dll.


4) KEWANGAN
kos perbelanjaan perkahwinan ni bukannye sedikit.menabung itu perlu dari awal sebab kita takkan jangka ape yang akan berlaku pada masa akan datang.kita manusia biasa yang tak dapat menduga bila tiba-tiba ada krisis kewangan walaupun selama ni semuanya berjalan lancar..contohnya masa tula gaji ko lambattttt dan ko perlu gunakan duit untuk keperluan.yes,money not everything,but everything need money.only you know how to survive with money.


5) PERSIAPAN PERKAHWINAN
 percanggahan pendapat berkaitan urusan kawin mungkin banyak dialami oleh semua orang yang bertunang.aku pun tak terkecuali.bukan senang nak pastikan perancangan berjalan lancar sebab melibatkan dua2 pihak.kadang sebelah sini setuju,sebelah sane tak setuju.bila aku nak buat macam ni,dia cakap nak macam tu..pening dan serabut bak ang..selagi tak tetap ngan keputusan,memang serabut tak sudah2.percanggahan tu termasuklah tarikh kawin,tema,baju,kad dll.kalau tak ditangani dengan baik,boleh mengakibatkan stress.ini siyes.


aku rasa banyak lagi ujian/dugaan yang dilalui oleh mereka yang bertunang.bagi aku,apa yang paling penting adalah..3K> KESABARAN>KEMATANGAN>KEKUATAN.

kita kenalah banyak bersabar sepanjang alam pertunangan.kalau ada ape-ape yang tak kena,berbincang dan lebih tolak ansur.masa perbincangan,aplikasikan terms "give and take".memberi pendapat dan menerima pendapat.bila seorang bercakap,sorang lagi mendengar.begitulah sebaliknya dan pastikan setiap perbincangan tak berakhir dengan pergaduhan,hadapinye dengan kematangan.hati kena kuat!aku laa kena aplikasikan benda nii hah.


"loving someone doesn't mean how long it takes to know and find the perfect person.it means how you look imperfection beyond them and keep staying.no matter how many times we keep fighting but it makes me know and realize the true color of you.never expect how much you make me feel and no words can describe how that feeling goes.just because someone don't show their feeling,it doesn't mean they don't care.thaeing patient with me.nothing can prove how deep you love someone untill you keep mentioning them in your prayers.#youknowwhatimfeel :D "




p/s : doakan majlis saya berjalan dengan lancar dan dipemudahkan segalanya.mohon doa kalian.nak tahu dengan sape aku bertunang dan bila majlis aku,kena tunggu kad..kehkeh.doakan yg baik2 ea kekawan dan maaf tak jemput masa tunang sebab majlis kecil-kecilan je.btw,nasihat aku bagi sesiapa yang merancang utk bertunang,jangan bertunang lame2..kalau boleh,bia tempoh pertunangan tu 3-9 bulan je..


selamat bertabah menghadapi alam pertunangan.keep strong and may ALLAH ease everything for us.inshaaALLAH  :)






No comments:

Post a Comment