Wednesday 17 April 2013

D.S.G part 2

Assalamualaikum.

kembali lagi..hewhew.seperti yang pernah dijanjikan,coretan kali ni nak berkongsi ilmu yang diperolehi sepanjang aku bergelar pendidik.mase dah jadi cikgu ni la,baru aku tahu betapa banyak sebenarnya tugas dan kerja yang perlu dilaksnakan.bukan itu saje,banyak juga ilmu yang aku dapat dan dengar istilah2 yang tak pernah aku tahu secara mendalam sebelum ni.mungkin ade yang pernah aku dengar tapi tak begitu memahami la kann..

antaranya..PBS,PLBS,LINUS,TOV,SPSK,SAPS,LADAP,E-OPERASI dan sistem-sistem lain yang berkaitan.
PBS ni maksudnya pentaksiran berasaskan sekolah.PLBS ni pulak maksudnya pentaksiran lisan berasaskan sekolah.aku tak tahulah pulak ape beza PBS dan PLBS ni..rase'ny benda yang same je iaitu kena mentaksir tugasan murid2  terhadap subjek.aku pun kurang mahir.LINUS ni pulak bertujuan untuk menguji tahap penguasaan seseorang murid terhadap topik yang diajar.LINUS ni dibuat untuk murid-murid tahap 1 iaitu budak tahun 1,2, dan 3.bila seseorang murid tu dah melepasi ujuan saringan LINUS,diorang akan dipanggil murid-murid perdana sebab berjaya mencapai tahap penguasaan sesuatu topik.bagi mencapai tahap penguasaan ni tak mudah sebenarnya sebab diorang kena melepasi 12 konstruk untuk literasi BM,literasi BI dan numerasi.numerasi ni maksudnya pengiraan.jadi,subjek2 yang terlibat dengan LINUS ni ialah matematik,BM,BI.tujuan dia buat benda ni adalah nak pastikan murid2 boleh menulis dan membuat ayat yang betul,mampu untuk mengira dan lain- lain.selain itu,terdapat  ujian bertulis dan lisan di bawah program LINUS ni.SPSK ni maksudnye sistem pengurusan sekolah kualiti.

TOV dan SAPS ni pulak sistem yang terlibat dengan pemarkahan ujian bulanan dan peperiksaan murid-murid.kalau tak silap aku,SAPS ni Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan TOV ni Target of Value.SAPS digunakan untuk key in data untuk markah setiap murid dalam kelas  bagi subjek yang kita ajar dan TOV ni pulak penanda aras atau benchmark yang kita letak pada setiap murid dalam kelas untuk ujian seterusnya terhadap pencapaian diorang.markah ni terpulang dekat kita sebagai guru nak bagi berapa berdasarkan pemerhatian kita terhadap prestasi diorang semasa kita mengajar di dalam kelas.kiranya ni macam target kita la terhadap keupayaan diorang.contohnya,ujian bulanan yang pertama murid tu dapat 65 markah dan murid tersebut menunjukkan prestasi yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan.maka,kita boleh target 75 markah untuk ujian bulanan kedua.benda ni la yang kita panggil TOV.

LADAP pula satu kursus di mana perkongsian ilmu yang guru-guru lain dapat ketika mereka dihantar untuk pergi berkursus.jadi,LADAP ni dibuat untuk membolehkan guru-guru yang  pergi berkursus menyampaikan sedikit ilmu dan pengetahuan yang diorang dapat kepada guru-guru yang lain.senang cerita.."sharing is caring"..tapi,kadang2 ade jugak makluman2 lain yang akan disampaikan masa LADAP.bagus la jugak kan bila kursus LADAP dibuat sebab kita akan dapat tambah pengetahuan lain daripada guru2 yang pergi berkursus.contohnya,macam beberapa minggu yang lepas,kurusus LADAP yang dibuat menerangkan mengenai teknik pengajaran bagi pelajar2 LINUS,kemahiran dalam aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan dan tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga".walaupun pada asalnya ketika mula2 bertugas sebagai guru,aku tak tahu menahu langsung ape2 perkara yang berkaitan dengan LINUS dan istilah2 yang digunakan dalam pengajaran PJ,tapi melalui kursus LADAP ni..aku dapat mengetahui sedikit sebanyak maklumat yang boleh diaplikasikan bila diperlukan.antaranya,istilah2 dan pergerakan dalam senamrobik seperti 'march,harmstring stretch,jumping jack,pec dec,pony,innertigh stretch dan banyak lagi laa.karang sebut sume,pening pulak.kih2.semua istilah yang aku dapat ni melalui kursus ladap '1 murid 1 sukan'.

kalau,kursus LADAP tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga,diorang terang mengenai penggunaan tenaga yang cekap berdasarkan alternatif tenaga baru untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian sekarang bagi menjimatkan tenaga.antara contoh dan kajian yang telah dibuat seperti pengunaan minyak masak bagi mengerakkan kenderaan untuk menggantikan minyak petrol.nampak macam agak tidak munasabah tetapi benda ni dalam proses penerimaan dan ada dibuat di suatu kawasan mane entah.aku tak ingat la diorang cerita ari tu.lepas tu,penggunaan kereta solar di mana sel solar dipasang di bahagian atas bumbung kereta.sel solar ni fungsi dia untuk menyerap cahaya matahari yang akan menghasilkan tenaga elektrik dan membolehkan kereta bergerak tanpa perlu mengisi minyak.lebih jimat kannn sebab dapat tenaga dari alam semulajadi,tak payah membazir duit beli minyak petrol..harga bagi satu sel solar tu mencapai ribuan ringgit.berdasarkan ape yang diorang terangkan,sel solar yang saiznya sebesar papan kenyataan putih tu pun harganya dalam 5k kalau aku tak silap la.ade jugak ketuhar solar yang ditunjukkan.sangat menarik sebab masak tanpa menggunakan tong gas tapi cuma perlukan cahaya matahari dan terbukti hasilnya bila letak telur dekat dalam ketuhar solar itu sampai telur itu masak.perkara yang agak menyusahkan bila tunggu dalam 5 ke 6 jam untuk bagi telur itu masak.

dulu,mase mula2 bertugas..aku cuma mengajar murid tahap 2 iaitu tahun 4, dan 5 saje.murid2 tahun 6 dipegang oleh guru yang berpengalaman sebagai persediaan ke arah kecemerlangan UPSR.sepanjang aku bertugas ni,tak pernah sekali pun aku mengajar budak2 tahun 6.tapi,sekarang,aku dikehendaki mengajar murid tahap 1 jugak dan sebab tu la,aku terlibat dengan LINUS dan kerja pun agak bertambah.sebelum ni,tak terlibat dengan murid2 LINUS dan tumpuan hanya kepada murid tahap 2.subjek utama yang aku ajar adalah SAINS..hehe:D

ada la jugak mengajar subjek tambahan yang lain macam pendidikan seni,matematik,pendidikan sivik dan kewarganegaraan,pendidikan jasmani dan kesihatan,muzik.see?betapa padat la jugak jadual mengajar aku dengan kelas dan ni tak termasuk lagi dengan relief yang aku dapat sebab gantikan cikgu2 lain yang pergi berkursus dekat luar.btw,aku pernah dapat relief kelas bahasa inggeris dan bahasa arab.berguna jugak la aku belajar bahasa arab mase sekolah menengah dulu.jadi,secara tak langsung,boleh gunakan sedikit ilmu untuk terangkan dekat anak2 murid bila diorang tanye.tapi,agak ketaq jugak la sebab dah lame tinggalkan zaman belajar arab tu dan nak kena speaking english pulak satu hal dengan diorang bila dapat relief.almaklumlah,aku ni bukannya fasih english dan arab sangat.uhuk.

kesibukan yang kian bertambah dengan kejohanan sukan tahunan sekolah yang akan berlangsung tak lame lagi,penyediaan kertas soalan untuk minggu peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelang tiba,aktiviti perkhemahan sekolah dalam jangka mase yang terdekat ni,kem LINUS pada mase akan datang. :D

sebelum ni,ade family day kat teluk batik.mungkin sekarang mereka merancang ke legoland..cherating...untung jadi cikgu ni sebab  dihantar kursus ke merata-rata tempat sampai kursus pun jauh ke genting highland.sambil berkursus,sambil berjalan.

p/s:ni pun curi mase sekejap bila free sebab kalau dah balik umah,memang akan terlena bila dah letak kepala dekat katil.minggu ni selalu tido awal dan tido dah jadi benda penting sebab kalau terlambat je atau skip,confirm keje tak boleh berjalan dengan sempurna.
:akan diupdate dari semasa ke semasa;

yang rajin menulis :p

No comments:

Post a Comment