Friday 7 September 2012

JODOH :')



Assalamualaikum.

fact:"80-90% jodoh kita adalah orang yang berdekatan dengan kita" (dato' dr. fadzillah kamsah)



dua hari lepas,aku tengok selami jiwa yang dikendalikan oleh dato' dr fadzillah kamsah dan tajuk dia sangat menarik perhatian iaitu JODOH.jadi,sekadar nak kongsi pernyataan yang dibuat oleh beliau dalam slot tersebut dan hati aku terdetik sesuatu bila dr cakap macam tu.aku percaya yang jodoh kita sebenarnya ada je sekitar kita cuma mungkin kita tak pernah sedar.kenapa aku cakap macamni sebab pernyataan ini betul berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku terhadap orang2 yang berkaitan dengan hidup aku.diorang bertemu jodoh dengan orang yang sangat hampir dengan mereka dan tak pernah dijangka.

seorang kawan aku bertemu jodoh dengan school mate kitorang jugak.sangat tak sangka sebab diorang berdua ni bukanlah rapat pun.aku sendiri terkejut sebab mase zaman sekolah,diorang tak bercinta.rupa-rupanya diorang menjalinkan hubungan istimewa selepas diorang tamat sesi persekolahan.pandai diorang simpan rahsia.kagum sebab diorang tak hebah2kan langsung diorang bercinta bukan macam orang zaman sekarang yang sangat suka bercerita tentang pasangan kapel masing2.uuu.now,diorang dah kawin dan ada anak.happy for both u..'t'jumpa diorang 3 mggu lepas dan diorang kelihatan bahagia' :)

sorang lagi kawan aku baru jugak bertemu jodoh dengan orang terdekat iaitu jiran.percaya atau tak dia pernah menghabiskan masa yang sangat panjang(bercinta) dengan seseorang tapi akhirnya diorang mungkin dah tak ditakdirkan utk kekal bersama.dia hanya gelak2 bila cerita dengan aku sebab dia kata dia macam tak percaya bila bertemu jodoh dengan orang yang selama ni dia tak perasan pun.hahah.

"benda-benda macamni,kita tak boleh nak cakap sebab sape tahu sebenarnya dia jodoh kita''walaupun kita bercinta bertahun-tahun dan terlalu sayangkan dia dan pertahankan segalanya tapi kalau ALLAH tak berkehendakkan dia sebagai pasangan hidup kita,maka dia takkan jadi pasangan kita''-kawan
(sesungguhnya,pengalaman dah mengajar dia dan mendewasakan aku sekali.hik! :p

jadi,bila dato' fadzillah bagitaw pernyataan kat atas ni,aku terus teringat dekat diorang berdua.kan JODOH dah ditetapkan.hebat kan percaturan ALLAH? :))

dalam slot ni,azwan ali dan seorang perempuan bertindak sebagai jemputan yang ada bagi tips berkesan.hehehe.seriously,jujur hati aku sangat terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh diorang bertiga.

tips..!!ilmu harus dikongsi.

1)doa.moga dipermudahkan.

mohon supaya dapat calon yang baik,beriman.kalau sayang sangat pun dekat seseorang,doakan moga ada jodoh sebab kita kadang2 tak tahu sama ada orang tu terbaik untuk kita atau tak.kalau memang dia jodoh kita,Allah akan permudahkan.kalau tak,anggap dia bukan yang terbaik.cuba amalkan doa macam ni oke..

contoh: Ya ALLAH,jika si dia (nama org yg korg syg) terbaik untuk hidupku malahan baik pula kesannya pada agamaku,maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku,permudahkanlah segalanya serta satukan kami dengan hubungan yang diredhai berlandaskan syariat-MU,sesungguhnya engkau maha mengetahui perkara yang tidak aku ketahui.sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala-galanya.jika menurut-MU,dia bukan yang terbaik untukku maka,jauhkanlah kami,takdirkanlah yang terbaik untuk kami dan jadikanlah kami redha menerimanya biar ia hadir pada saat yang tepat.amiin.

**sayang seseorang dan hati tercedera?ouchh!susah nak lupa?pohon pada ALLAH supaya lepaskan orang tu dari hati kita.mesti ada hikmah kan sebab DIA nak didik kita untuk jumpa orang yang lagi baek dan belajar sesuatu.move on and let it become memories only.yeahh,it's easier to said than done but let bygone be bygone. (utk peringatan diri sendiri jugak)**

2)usaha.

nak dapat pasangan yang baik,kena usaha.bukan doa semata-mata.usaha dengan pergi ke tempat yang baek2 (kenduri kahwin,masjid,majlis ilmu agama),insyaAllah,jumpa calon yang baik.paling penting,kena ubah diri sendiri jadi soleh/solehah.ini paling utama.ubah diri jadi baik,nescaya ALLAH akan hadirkan orang2 yang baik jadi pendamping kita.inshaaALLAH. "lelaki yang baik utk perempuan yang baik'' :)

doa+usaha+tawakal = bertemu jodoh.

malam yang santai lepak2 dengan mak dan situasi PELIK berlaku..;p

mak: bila korang nak kawin? (tetiba bersuara)
aku dan kakak: berpandangan sesama sendiri.(terkedu mungkin.ahaks)
aku:(senyum sendiri...)
kakak:muka tak berperasaan.
soalan mak terbiar sepi..hahaha

*taw la sekarang ni musim orang bertunang dan kawin.kawan2 sebaya dangan sepupu pun ada yang dah kawin...agak'nya mak tak sabar nak ada menantu kot..hahah (sabar ye mak,nanti kakak bawa menantu utk mak.huahua.insyaallah :D



nota jiwa: JODOH itu RAHSIA ALLAH <3
selagi belum ada lafaz ijab & kabul,kita hanya mampu berdoa.doakan yang baek2.yang penting,kena yakin dengan-NYA..

#mogaadajodohantarakita#





No comments:

Post a Comment