Sunday 14 April 2013

diari seorang guru~

Assalamualaikum.

coretan kali ni mungkin lebih panjang daripada biasa sebab aku nak berkongsi sedikit pengalaman,kenangan,suka duka,gelak tawa,tangisan dan ilmu yang aku dapat sepanjang bekerja sebagai seorang guru.tajuk entry ni pun "diari seorang guru",jadi bila dah tulis perkataan diari tu,faham2 je laa ea.memang aku akan cerita panjang2.

"kerja tergolek"..ni adalah istilah yang paling tepat bagi aku nak menggambarkan bagaimana kerjaya sebagai seorang pendidik bermula..hmm.(sambil tangan ke dagu dan mata ke atas,berfikir mengimbas kembali mase dulu).hehehe.aku dapat peluang kerja ni masa aku dah hampir rase down sebab tak dapat keje lagi dan baru balik dari interview sekitar area KL.tapi,sape sangka dan sape duga sebab rezeki berpihak di tangan aku bila aku dapat keje dekat tempat yang aku pergi interview dan dalam mase yang same,aku ditawarkan untuk menjadi guru di sebuah sekolah berdekatan rumah.alhamdulilah,syukur rezeki datang sekaligus sebab aku dapat 3 offer keje iaitu 2 di area KL dan menyukarkan aku buat keputusan.akhirnya,aku memilih untuk menerima tawaran sebagai guru ganti dan terpaksa menolak tawaran keje dekat KL atas sebab2 tertentu.

banyak suka duka yang aku lalui dekat sini.walaupun cuma sementara,banyak kenangan dan pengalaman yang berharga aku dapat.macam2 aku belajar terutama sekali kehidupan sebenar sebagai seorang guru.rupanya jadi cikgu ni tak semudah dibayangkan sebab tugas seorang guru bukan setakat mengajar tapi menuntut komitmen yang sangat tinggi dan tak berbelah bahagi.bila aku dah alami sendiri,baru aku faham macam mane rasenya.

semua yang pelajar2 buat,guru pun kena buat jugak.bila ada aktiviti kokurikulum setiap hari rabu,guru pun terlibat same.bila murid2 perhimpunan,guru pun terlibat juga.senang cerita,langsung tak berubah macam mase aku bergelar pelajar sekolah dulu.cuma yang berbeza,tugas guru ditambah sikit la dengan kursus,mesyuarat dan sume benda yang berkaitan dengan sekolah,murid2 dan lain-lain.mesyuarat pula bukan satu je tapi berjuta-juta lemon mesyuarat aku kena pergi..bahaha.*tipu okeh*takdela mesyuarat sampai berjuta-juta kali tapi banyak jugak laa macam mesyuarat kurikulum,mesyuarat kokurikulum,mesyuarat panitia,mesyuarat guru.ni pun tak termasuk lagi dengan latihan penyemakan buku anak2 murid,minggu ujian dan peperiksaan,aktiviti perkhemahan.memang banyak keje la dengan 'lesson plan'  yang kena buat setiap hari untuk setiap mata pelajaran dan kelas yang diajar.hantar buku RP dekat guru besar,giliran guru bertugas,bla..bla..bla..RP ni rancangan pengajaran okeh bukan rancangan perniagaan.kih2.dulu,mase final year dekat U,aku buat RP jugak sebagai FYP tapi yang tu rancangan perniagaan.berbeza eaaa..:P




nak tunjuk la kan beza dulu dengan sekarang,mase aku jadi pelajar tapi sekarang jadi tenaga pengajar:


1.dulu (pelajar): suka perhimpunan lame2 biar sampai burn waktu yang pertama dan kedua lagi2 kalau tak siap keje sekolah.

sekarang (cikgu):penat siapkan lesson plan dan buat ape la perhimpunan lame2.kesian dekat budak2 atau dalam mase yang same,sebenarnya kesian dekat aku yang menggelabah setiap kali nak siapkan lesson plan.haha.

2. dulu (pelajar) : seronok kalau ade aktiviti kokurikulum sebab boleh main2

sekarang (cikgu) :letih sebenarnya bila ada aktiviti kokurikulum sebab dari pagi mengajar lepas tu,petang kena pergi ko-k jugak macam budak2.

3.dulu (pelajar) :perasaan paling gembira bila cikgu tak masuk kelas sebab ada mesyuarat

sekarang(cikgu): dalam hati..'bukan minggu lepas dah buat mesyuarat ke?ni mesyuarat ape plak???"hahaha.sebabnya risau bila tak masuk kelas,nanti lesson plan yang aku buat jadi terganggu,kena extend utk hari laen.takut tak sempat nak abiskan silibussss...

4.dulu (pelajar):pergi sekolah sebab rutin memang kena belajar.bila cikgu ada bagi keje sekolah,buat la.tak pk ape2 pun.selalu pk nak jadi besar cepat,masuk U dan keje.

sekarang (cikgu): selalu pk camni..'budak2 nii faham ke ape aku ajar???'bukan ape,cuma risau diorang tak mampu nak faham ape yang aku terangkan.tak pasal2,diorang dapat salah maklumat.bukan setkat tu je,nak handle kelas lagi dengan macam2 perangai diorang.ade yang degil teramat,nakal,manje,murid2 yang lemah.jadi,teknik pengajaran tu penting.kalau boleh,nak tengok anak2 murid semua berjaya.

5. dulu (pelajar): cikgu suka bagi kerja sekolah banyak2.alasan yang akan diberi kalau tanye,mesti cikgu2 akan cakap 'sikit je.ni subjek yang saya ajar.kerja sekolah yang lain tu,subjek lain.'hahaha.bayangkan kalau sehari tu ade 6 matapelajaran dan semua ade kerja sekolah.tak banyak ke tu??walaweyh~

sekarang (cikgu):aku cakap same macam ape yang cikgu aku pernah bagitahu dulu bila anak2 murid tanya kenapa bagi kerja rumah.kalau boleh,diorang cuma nak dengar penerangan dekat kelas tapi tak nak buat kerja sekolah dengan alasan subjek lain pun ada banyak latihan.tapi,sebenarnya dengan latihan tu la,kita boleh tahu sama ada dia faham ke topik yang aku ajar dan nilaai sama ada diorang boleh menguasai ataupun tak..kalau setakat terang,budak2 niii bukan fokus sangat.

6.dulu (pelajar): tak suka bila cikgu marah sebab automatik mood nak belajar tu jadi spoil.memang hilang terus,rase tak seronok dan tak boleh fokus.kalau boleh,aim cikgu tu sebab garang dan pernah kena marah/tegur.

sekarang (cikgu):  jujur,kadang2 ada la jugak terlepas perasaan geram dan marah dekat budak2 lagi-lagi kalau diorang tak siapkan kerja sekolah,bising dalam kelas.memang kesabaran selalu diuji,kena kuatkan semangat je walaupun memang dah rapuh gila mase tu. :'(
apatah lagi bila mase tu mood tengah tak elok ditambah pulak dengan perangai diorang,geram la jugakkkk.sebenarnya aku pernah sekali menitiskan air mata dekat depan budak2 walaupun air mata yang jatuh tu cuma setitik je tapi diorang perasan.automatik,kelas terus jadi senyap sebab risau kalau cikgu dia ni nangis teruk.perkara macamni tak sepatutnya berlaku tapi memang aku tak mampu dah nak tunjukkan aku kuat.mane taknye,mase tu aku tak sihat dah berapa hari..teruk la jugak dengan keadaan aku yang sangat tak selesa,demam dan mood tak baik tapi sebab anak murid,gagahkan diri jugak pergi sekolah.sedih bila ingat perkara tu balik.ye,tak sepatutnya aku marah.mungkin mase ni aku baru mula mengajar,jadi hati aku cepat rapuh sebab tak pandai lagi nak handle kelas.hmm.sejak dari hari tu,aku pupuk hati aku supaya jadi kuat dan sabar dengan karenah diorang.yela,kita ni golongan pendidik yang akan mendidik diorang jadi orang berguna dan menyampaikan ilmu..jadi sabar itu perlu dan kena terima pelajar kita dengan seadanya.bila rase macam rapuh je,mesti ingat quotes niii "nobody perfect and practice makes perfect,sabar tu indah serta sebahagian dari iman". :')

tapiii,banyak juga perkara yang menggembirakan aku bila diingat balik.

beberapa murid dalam kelas pernah tanya.."umur cikgu berapa?bila nak kawin?jangan lupa bagi kad,saya mesti datang''

''cikgu ada pakwe tak?"hahaha.diorang tanye disebabkan ari tu handset aku berbunyi,membe sekolah telefon tapi diorang ingat aku cakap dengan pakwe.

''sorang murid lelaki tanye..cikgu,nak no telefon.nanti boleh telefon cikgu."
bila aku cakap..'tak payah la.awak nak buat ape telefon cikgu?alaa,cikgu,borak2 la dengan cikgu.

''cikgu,ade budak nak berkenalan dengan cikgu'',pesanan dari sorang murid..hahaha.ni paling tak masuk akal.=="

"cikgu,ape name facebook cikgu??twitter??''saya nak add.amboiii,kemain!sume diorang nak taw.

''cikgu,hari ni cikgu nampak comel pakai tudung macam tu dengan pin corak bunga''.padahal mase tu,aku pakai selendang je puuun.alahai,pandai membodek budak2 zaman sekarang.

''cikgu minat pasukan mane?kata seorang murid lelaki sambil keluarkan button badge yang ada logo kumpulan bola  luar negara macam arsenal,M.U,barcelona,liverpool dan pasukan ape ntah lagi.lepas tu,sorang murid tanya lagi..cuba cikgu teka yang ni sape sambil menunjukkan gambar pemain bola malaysia dekat surat khabar.

"kalau cikgu teka betul,awak kena bagi hadiah.oke,yang ni safee sali,kembar aidil zafuan dengan zaquan adha,khairul fahmi,safiq rahim,penjaga gol farizal,mat yo,mahali jasuli dan lain2.budak2 ni tergamam tengok aku sambil cakap 'wahh,cikgu pun layan bolaa..kih2.lepas tu terus layan anak2 murid berborak pasal bola.

bila dengan budak2 perempuan..cerita pasal isu semasa kes pencerobohan dekat sabah.bagus anak2 murid aku,tahu perkembangan semasa.awesome student!! :D

''sorang murid perempuan tegur aku..tadi,cikgu marah kelas sebelah ke?suara cikgu kuat la sampai dekat kelas ni kitorang dengar.cikgu ni garang macam harimau.hahahaha.ayat dia yang last buat aku rase aku tak boleh nak lupa sampai sekarang.:')

dan ada satu lagi ayat yang buat aku sentiasa ingat sampai sekarang.."cikgu,kitorang minta maaf sebab kitorang buat cikgu marah hari tu.kitorang tahu cikgu marah sebab cikgu tegur bukan sebab benci.kitorang sayang cikgu.cikgu jangan tukar kelas taw..'-kata seorang murid perempuan.diorang risau bila aku pernah cakap aku nak tukar dengan cikgu lain suruh ganti ajar sebab diorang degil tak dengar cakap.huhu.sampai ke tangga diorang kejar nak minta maaf.sejak hari itu,diorang jadi baik dan tak bising sangat.ada jugak sorang murid lelaki ni pernah cakap..nanti,kalau kitorang bising macam dulu,cikgu nangis lagi tak?cikgu janganlah marah.tak suka bila cikgu marah dan tak nak tengok cikgu nangis.tak seronok nak belajar..."dia datang dekat dengan aku semata-mata nak cakap benda niii.kalaulah,diorang faham yang aku pun tak suka nak marah sebab akan jadi tak seronok bila mengajar.

"cikgu,ape benda yang dekat pipi cikgu tu?ada jerawat laaa"-
haissshh,aku yang segan sebab yang tegur ni murid lelaki.adoyaiii.dalam hati,kenapa lah dia ni tegur.diam2 sudehh.takpelah,jerawat tu kan pemanis muka dan memang menarik perhatian.(sedapkan ati.kui3) :P
budak2 pantang nampak benda yang pelik dekat aku,mesti nak ditegur..tak kiralah,beg ke baju ke,kasut ke.macam busy body pulak diorang ni,tapi sebab pertanyaan sume ni la yang buat aku terhibur dengan karenah diorang.

"eh,saya lagi tinggi dari cikgu la.."kata 2 orang murid lelaki sambil berdiri bersebelahan aku.grrr.yang ni memang sentap oke!taw la ak rendah,tak boleh nak membesar dah :(

banyak lagi sebenarnya tapi cukup setakat ni je dulu ragam2 anak-anak murid aku yang tersayang.seriously,semakin hari aku semakin sayangkan diorang dan enjoy dengan kerja ni.kalau marah2 tu,biase laaa.

part 2 in progress.nak cerita pasal kursus yang aku hadiri dan kongsi ilmu yang aku dapat tapi risau mata korang juling tengok entry ni panjang sangat dan risau jugak laa kalau korang muntah bace entry yang takde kesudahan ni.


No comments:

Post a Comment