Saturday 13 April 2013

takdir terindah

assalamualaikum.

rinduuunye dekat diari bisu ni.dah lame tak menulis.kesibukan yang tak berpenghujung dengan komitmen terhadap anak2 murid dan tugas sebagai seorang guru dengan segala kursus dan aktiviti sekolah.alhamdulilah dengan kehidupan yang dilalui sekarang.ye,kebahagiaan itu hadir bila kita mengikhlaskan hati menerima ape yang telah ALLAH takdirkan itu dengan jiwa yang positif. 

aku tak pernah terfikir langsung pun nak libatkan diri dalam bidang perguruan.siyes,dulu aku menolak dengan sekeras-kerasnya bila ayah aku pernah bagi cadangan dekat aku suruh jadi cikgu.mase tu,hati aku memang tak pernah ada keinginan langsung laaa.kosong.noktah sebab aku tak minat puuuun jadi cikgu. tapi,bila dapat peluang jadi cikgu walaupun hanya sementara..aku dapat rasekan mungkin ada hikmah kenapa ALLAH letakkan aku dekat tempat ni.mula2,hati aku tak boleh nak terima.yela,aku belajar benda lain lepas tu kena keje lain pulak.ape kesss?rase macam sia2 belajar dulu dengan nangis gila2 bila buat FYP mase final sem semata-mata nak dapatkan segulung ijazah.berusaha keras duluu2.

rupanya tak senang nak cari keje bila dah abis belajar.dulu,aku rase aku mampu nak dapatkan kerja yang aku minat dengan pointer yang aku perolehi mase final year.mungkin tak secemerlang mane tapi alhamdulilah laa dengan usaha aku mase belajar.TAPI,Allah mungkin lebih tahu kemampuan aku dan rezeki tu DIA yang tentukan.jadi, bila kena jadi cikgu,aku terima jugak atas nasihat ayah walaupun hanya dengan separuh hati je sebab aku memang takde hati nak keje dekat siniiii.sekarang,aku dah nampak hikmahnya kenapa ALLAH temukan aku dengan orang2 dekat sini supaya aku boleh nilai sendiri kerjaya sebagai seorang guru tu macam mane dan alam pekerjaan ni tak semudah yang dibayangkan.ye,ini antara takdir terindah yang pernah ada dalam hidup aku.pointer tu sebenarnya tak menjanjikan kerjaya yang bagus sangat tapi tu sebagai tahap ukur untuk pencapaian diri dan usaha kita.ape2 pun,rezeki ALLAH yang tentukan,kita cuma usaha yang terbaik,selebihnya DIA uruskan.

banyak lagi hikmah yang aku belajar,pengalaman dan kenangan.

 next entry,nak kongsi ilmu yang aku dapat dan suka duka yang dilalui.

 


No comments:

Post a Comment