Tuesday 3 February 2015

mission to be accomplished!

Assalamualaikum.


dah setahun lebih, aku tinggalkan dunia menulis.kekangan mase kerana kesibukan menjadi wanita bekerjaya menghalang aku untuk mengemaskini laman sesawang.kahkah!bukan setakat blog,tapi segala jenis laman sosial pun tak terupdate.semalam baru berkesempatan online muka buku (facebook),godek2 lappy..disebabkan lame sangat aku tak online,rupanya dah ramai kawan2 aku yang dah berubah status.ade yang  dah jadi tunangan orang,ade yang dah b'kerjaya,ade yang dah jadi isteri/suami orang,ade yang dah jadi ibu/ayah,ade yang berjaya menaikkan/menurunkan berat badan,ade yang semakin cantik,ade yang dah tambah bilangan anak..hahaha.macam2 jadi sepanjang aku tak online.nampaknye aku memang ketinggalan cerita.sadis.tapi...aku tumpang gembira tengok kalian-kalian bahagia :)



kebelakangan ni,masa aku banyak dihabiskan dekat rumah saje.aktiviti membuang mase seperti berjalan2 dan shopping semakin berkurang. sekarang ni,aku cepat penat dan memang akan tido awal.mungkin faktor usia menyebabkan aku tak boleh buat kerja banyak2 dan stay sampai lewat malam.kihkih.alhamdulilah,sekarang sudah tahun 2015.syukur masih dipanjangkan umur untuk terus belajar erti hidup.terima kasih untuk segala kenangan tahun lepas.tahun 2014 yang sangat awesome dan sangat mencabar.kalau diingat balik,banyak perkara yang berlaku tahun lepas termasuklah tangisan duka yang menyebabkan aku sangat down tapi perkara-perkara ni la yang sebenarnya mendidik jiwa untuk terus kuat dan aku berjaya hadapinya.bukan tangisan duka sahaja,tapi tahun lepas juga turut menghadirkan tangisan gembira.terima kasih untuk segala-galanya.


bagi aku,ade beberapa misi yang perlu dicapai pada tahap usia sekarang..dua tahun lepas,aku pernah mengikuti satu program anjuran badan swasta untuk pelajar2 yang belum mendapat peluang pekerjaan.sepanjang kursus tu berlangsung,diorang menerapkan pelbagai nilai-nilai positif bagi memperhebatkan 'soft skill' ketika menempuh alam kerjaya.tambahan,setiap pelajar perlu menyediakan 'vision board' untuk tempoh lima tahun akan datang.'vision board' tersebut  akan menjadi 'benchamark' untuk mencapai target dan impian yang diharapkan.alhamdulilah,ade sesetengah dari vision board yang aku buat dulu sudah berjaya dicapai dan ade jugak yang sekarang ni dalam proses pelaksanaan.moga ALLAH permudahkan semuanya..inshaaALLAH,aamin.


2014: misi nak capai impian dan azam tahun2 sebelumnye yang tak tercapai.
          alhamdulilah,saya berjaya realisasikan impian tersebut!

2015 : ingin mendirikan masjid dan lain-lain.hehehe.tolong doakan  :)




p/s: mukadimah je panjang sebab nak buat 'come back' :p 
       will share something special in my life.soon <3

moga kerajinan hadir mcm dulu untuk kembali mengarang dan siapkan karya yang tak siap2.hahaha~

No comments:

Post a Comment