Wednesday, 9 November 2011

sahabat selamanya

assalamualaikum.

bila berbicara tentang sahabat,macam2 ragam dan sikap diorang.mungkin kita ada seorang sahabat yang sangat sensitif,mungkin kita ada sahabat yang sangat degil,mungkin kita ada sahabat yang happy go lucky,mungkin jugak kita ada seorang sahabat yang jenis tikam belakang dan mungkin jugak kita ada seorang sahabat yang hipokrit.setakat kawan makan kawan 2 perkara biasa bagi aku.bila dekat depan kita,perangai dia sangat manis mengalahkan gula tapi bila dekat belakang kita,dia punya perangai sangatlah kejam.perkara ni membuatkan aku terfikir mengapa kawan2 kita bersikap macam tu??dan aku dapat jawapan ni.."tak perlu nak tengok orang laen,kadangkala ada sikap kita sendiri yang membuatkan kawan2 menjauhkan diri."lagipun,sikap menunding jari takkan menguntungkan sesiapa.sebelum kita nak menyalahkan orang laen,kaji diri sendiri dulu.

tapi,sebagai kawan yang sejati,kita kenalah faham perangai setiap orang.selalu sangat kita mudah terasa bila kawan2 kita bergurau atau mengusik dan pernah tak korang terfikir yang mungkin perangai dan kata-kata korang sebelum ni ada menyakitkan hati kawan tadi.kita ni manusia biasa,tak lari dari melakukan kesilapan.mane ada manusia yang sempurna.jadilah kawan yang hadirnya dinanti,perginya dirindui sebab mencari sahabat sejati ibarat sebutir permata dalam timbunan kaca.kita bersahabat untuk ditemani bukan untuk dilukai.kawan yang terbaek bila dia dapat menangis sama2 dengan korang,bila dia sangat degil tapi korang masih mampu bertahan dengan dia.

selalunya,kita lagi senang nak terasa dengan seseorang yang kita rapat.walaupun niat membe korang untuk bergurau je tapi korang ambil benda tu sangat serius.nak tahu sebab apa?sebab korang terlalu rapat dengan dia dan sayang dia.jadi bila dia cakap sesuatu/tegur,korang tak boleh terima keadaan tu disebabkan status dia sbg "kawan baik" korang.cuba kalau korang tak rapat pun dan ada orang bergurau agak kasar,aku tak rase korang akan makan hati lame2 kan?kan??tapi,disebabkan korang kawan baek,korang mudah sangat sensitif dan naek angin bila ada sesuatu yang tidak kena pada pandangan korang.mungkin korang fikir,dia kawan baik aku,jadi dia tak boleh sakitkan hati aku.ohh,come on.nobody perfect.

akibatnya,korang jugak makan hati.tak suka cara dia,terus terang.tapi,jangan mengaibkan dia.padah,bila terlalu rapat.bila bergaduh,senang je nak putus kawan.cuba kita ingat balik kebaikan dia dan lihat sikap positif dia dari sudut lain.walaupun bagi korang,kawan korang tu ada masa-masanya,perangai dia menjengkelkan hati.bukan sebab satu kesilapan kecil,korang terus bermasam muka dan lagi teruk bila putus kawan.ada jugak kelebihan bila kita berkawan rapat,kita mungkin dengan mudah nak terima dia dan berbaik sebab status kawan baek.xkan nak gaduh lame2 sebab nanti pincang sebelah kaki bila korang hanya ada satu2nya kawan rapat.

mungkin aku bukanlah sahabat yang terbaik dan walaupun aku banyak sangat terasa dengan perangai orang2 di sekitar aku,tapi aku tetap sayang semua orang yang pernah jadi kawan rapat aku.luaran aku nampak lembut,tapi aku agak kasar kadang2 bila bergurau dan aku yakin ada orang mungkin pernah sakit hati dengan perangai aku.hanya kemaafan dapat memberi ketenangan..jadi,aku maafkan semua orang yang pernah buat aku terasa dan aku jugak minta maaf kalau2 aku sakitkan hati korang2 semua.

sayangilah sahabat anda semua =)


No comments:

Post a Comment