Sunday 25 December 2011

apa khabar imanku

assalamualaikum.

apa khabar imanku?adakah baek-baek sahaja? ^_^
manusia yang baek tidak akan memuji dririnya baek dan begitulah sebaliknya.orang jahat pun takkan mengaku yang dia jahat.kannn?sebelum-sebelum ni,aku ada join aktiviti yang berkaitan dengan ceramah agama tapi peratusan untuk aku pergi secara kerap tu susah la nak cakap.aku akui aku ni bukanlah baek sangat + alim.aku cuma manusia biasa.semua tu bergantung kepada niat seseorang.macam aku jugak la kan.bila aku rasa aku nak pergi,aku sendiri akan pergi.bila aku tak nak pergi,memang aku tak pergi.mungkin orang akan cakap yang kita ni tak betul2 konsisten dalam apa yang kita buat tapi at least,kita berusaha untuk jadi lebih baek.

*dlm diri setiap individu itu mesti ada keinginan nak jadi lebih baek*


memang tidak mustahil melakukan perubahan.boleh menegur tapi biarlah dengan cara berhemah.iman manusia ni turun naek.ada masanya kita akan jadi baek,sama jugak macam sebaliknya.kadang-kadang kita rasa terpaksa bila lakukan sesuatu bila sebenarnya dekat hati kita tak nak buat.contohnya la kan bila ada kawan kita ajak kita dengar ceramah agama,lepas tu plak cara dia cakap macam sindir2 dan paksa2.dah tentu,korang akan rasa tak senang kann.tapi,percayalah,bila kita dah mula terlibat,ikhlas tu akan datang sendiri.

dulu,kawan aku yang seorang ni selalu cakap perubahan tu tak boleh dipaksa,dia jugak kate sangat tak best bila orang desak2 sebab kita macam tak jadi diri sendiri + tak ikhlas.buat semata2 jaga hati orang tapi alhamdulilah sekarang,dia dah berubah jadi lebih baek.dia pernah nasihatkan aku,biarlah kita jadi diri sendiri jangan disebabkan perkara laen.terima kasih kawan.

orang pernah cakap jugak:ikhlas tu akan datang dalam keadaan terpaksa.bila kita terpaksa buat sesuatu tapi kita masih teruskan dengan istiqamah ,insyaAllah,ikhlas akan hadir. aku pernah rasa situasi ni masa aku sekolah asrama.mase duduk dekat hostel dulu,sume orang ada tugasan masing2..kena jadi imam,bagi tazkirah dll mengikut giliran yang telah ditetapkan.perasaan bila solat jemaah ni lain sangat berbanding solat sorang2..pernah la jugak rase macam terpaksa tapi disebabkan sume benda ni la yang banyak mengajar aku jadi orang.ikhlas tu hadir dengan sendiri dan serius seronok.

p/s: sedang m' update hati ke arah yang lebih baek :>
hidup yang tenang disamping kawan2 yang solehah.
 

No comments:

Post a Comment