Friday 2 December 2016

New status =]

Assalamualaikum.

setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia penulisan sebab kekangan masa dgn status yang baru.setahun lebih aku biarkan blog ni tak update dan dalam tempoh setahun ni banyak yang berubah.secara jujurnya dari lubuk hati yang paling dalam,ada masanya aku rindukan diri,masa yang dulu.rindu.terlalu rindu.terlalu rindu.jujur aku terlalu rinduu.kuikui.

antara perubahan yang paling besar dalam hidup aku ialah berubah status.alhamdulillah,aku dh selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati walaupun pelbagai liku liku ditempuhi sepanjang alam pertunangan dan kami berjaya lalui.cewahh.*ayat sarkastik. diam tak diam,dah setahun kami berkahwin dan dikurniakan permata hati penyejuk jiwa pengikat kasih sayang,si comel nur wafa najlaa.anugerah paling berharga dari-NYA. dalam tempoh setahun aku terus dapat 2 status baru;jadi seorang isteri & ibu.hahaha.

status yang baru ni sedikit sebanyak mendidik aku untuk belajar macam2 perkara dan berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.ye,kena perbaiki diri..bukan maksudnye dulu tak baik tapi almaklumlah jiwa muda remaja dengan kawan2,window shopping dll.sejak dah kawin,semua aktiviti masa muda remaja harus dikurangkan.


seseorang pernah berkata : "nanti dah kawin,banyak yang akan berubah taw antaranya dari segi aktiviti harian,makanan,minat.."

yes,I admit it.kadang ada benda yang kita minat tapi suami xminat begitulah sebaliknya..tindakan aku adalah kena cuba belajar walaupun masa mula2 tuu agak susah nak terima.hm,nk berubah kena perlahan lahan & mmg memerlukan masa bukan secara drastik.
hidup adalah proses pembelajaran.

big day~





No comments:

Post a Comment