Wednesday 7 December 2016

proud mommy!

Assalamualaikum.

entah mood ape arini tiba tiba terasa rajin nak update entry.gigih laa konon2nya.kihkih.mungkin melepaskan rasa rindu untuk menulis.aktiviti berkarya kian dianaktirikan sejak berumahtangga.*alasan je sebenarnya*padahal dari zaman kerja lagi dah tak aktif menulis sbb sibuk atau bahasa paling mudah malas & lebih kpd tak ada idea.sebelum mengarut lagi panjang,let's back to the topic.


entry sebelum ni aku ada  beritahu yang aku dah berubah status menjadi seorang IBU,jadi aku nak kongsi sedikit pengalaman.tugas sebagai seorang ibu menuntut komitmen yang tinggi & tak berbelah bahagi.sebenarnya semua wanita itu ada naluri keibuan apetah lagi bila disahkan ada bayi dalam perut.

setiap individu yang bakal bergelar ibu pasti akan cuba beri yang terbaik untuk bakal anaknya sejak dari dalam kandungan lagi.aku sendiri tak  terkecuali sebab aku sejenis spesies manusia yang mmg tak  boleh terima susu tepung tak kira ape perisa sekali pn.I just hate it.hahaha.sejak mengandung,cuba la belajar minum jugak walaupun tak suka.tambahan pula,ada orang tlg belikan susu dan akan sentiasa  ingatkan untuk minum setiap ari.demi si kecik dan rase tak sampai hati tgok susu yang dah dibeli tak diusik,akhirnya dgn rasa pasrah & gembira belajar utk minum.eh,silap.sebenarnya tak gembira & tak berapa pasrah tapi paksa rela..kahkah..memaksa diri untuk merelakan perut menerima susu dan aku mengambil masa yg agak lama nk habiskan segelas susu.mula-mula nak terima benda yg tak disukai tu,memang susah.bila dah lama2,barulah OK.


memang tak dinafikan emosi perempuan mengandung tak dapat diduga.kadang,benda yg kecik pun boleh buat ko sensitif sgt.kadang2 aku rasa annoying dgn diri sendiri & persekitaran sekeliling apatah lagi bila ada yang tak kena pada pandangan & jiwa aku.perempuan emo.haha..orang cakap tu perubahan hormon.so,I keep it positive dari segi fikiran,luaran dan dalaman.bila terlalu ikut perasaan,kesian dgn si kecik yg kt dalam.

bila semakin dekat due date,lagi macam2 yg aku fikir dari sebesar2 perkara sampai la sekecil2 perkara tentang persediaan bersalin
DLL.proses berfikir yg tak pernah habis.jadi,aku banyakkan membaca pengalaman org2 kt internet & tanya org sekeliling.maklumat ni sbg sumber rujukan aku utk masa akan datang.

saat hari yang dinantikan tiba,hanya tuhan yang tahu dan faham.rasa yang tak  mampu diucapkan dgn kata-kata..sakitnya contraction tu buat aku sedar,bukan senang nak jadi seorang ibu..benda paling aku hargai bila suami ada saat genting yang memerlukan sokongan yang tinggi.terima kasih.:)

Alhamdulillah,dgn izin-NYA aku selamat melahirkan baby girl.sebelum bersalin,aku pernah terfikir macam mana nak keluarkan seorg manusia.kahkah.dahsyat gila sampai macamni tahap pemikiran aku.hebat kan kuasa Allah walau kadang kita rasa benda tu sesuatu yang sukar.

macam tak percaya bila tengok baby depan mata seolah olah mimpi.aku tak tahu la reaksi muka masa dalam labour room tu tapi satu perkataan yang terlintas dkt otak dan hati "eh,betul ke dah bersalin.."  dan sampai tanya suami kt sblh utk kepastian..huahua.aku tanya soalan sama kt diri sendiri "betul ke dah keluar..betul ke..betul ke bby dh keluar" sambil pandang orang yg setia dekat sisi dan dia cakap "aku power".. maknanye betul la mmg bby dh keluar.tiba tiba rasa power dgn diri sendiri.kehkeh.wow!im proud of myself :p

permata hati :*

selesai semua urusan ,aku asyik menghitung masa bila boleh keluar wad sebab rasa sedikit tergugat bila sorang demi sorang jiran  sebelah katil discharge.itu belum kira lagi part doktor dtg untuk cek perut dll.setiap kali doktor dtg,satu je harapan aku supaya boleh discharge.part cek jahitan,cuci luka tu tak nak ingt sbb sesuatu yg tak selesa.

bila dah balik rumah,tugasan lebih mencabar bermula.masa ni,peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bakal dilaksanakan.kekuatan mental,fizikal,emosi akan diuji.tempoh berpantang ni la ko perlu jadi seorang yang sangat2 kuat walaupun ada masanya diri sendiri rasa tak kuat dan datang pelbagai perasaan yang tak sepatutnya.benda ni memang aku akui sbb dari satu sudut,nak pulihkan diri sendiri dan dari satu sudut lagi kena jaga anak.pembahagian masa paling penting.yela,kena juga luka bersalin dan jahitan supaya sembuh dgn elok ditambah pula penjagaan diri macam berurut,berbengkung,bertungku,b'pilis.benda ni mencabar jiwa.

kalau penjagaan diri tadi mencabar jiwa,part menjaga anak pula menguji mental,fizikal dan semestinya emosi.tambahan pula,dengan keadaan diri yang belum cukup pulih,kena berulang alik ke klinik sebab anak kuning.sepanjang tempoh pantang ni,tak terkira rasanya aku berulang ke klinik,hospital kena admit sampaikan staff nurse dh kenal.aku hanya mampu senyum je.

terlalu banyak untuk dikongsikan dan ini tak termasuk lagi aktiviti berjaga malam,menyusukan baby,ragam baby kalau dia nangis.secara jujurnya,mula2 aku memang kurang mengerti dan tak arif nak uruskan baby lagi2 bila dia nangis.macam beberapa hari lepas bersalin,wafa nangis dan aku fikir dia lapar tapi lepas susukan dia sambung menangis.entah ape yang tak kena,aku sendiri tak  tahu.bila diangkat,didodoikan,dipeluk,tukar lampin,dibuka ikatan bedung (sebab aku fikir mungkin dia panas,tak  nak bedung kot.hahaha),dan semua ni tak berjaya meredakan keadaan dia.lepas kenalpasti puncanya,baru la tahu rupanya kembung.bagus jugak bila mak aku ada sbb boleh tolong2.

satu perkataan yang paling penting perlu dipraktikkan bila dah jadi seorang ibu ialah "SABAR".ye,ko kena jadi seorang yang penyabar,didik sifat sabar dalam diri dan benda ni sangat perlu dalam banyak keadaan.contohnya bila ko penat  tapi kena berjaga dan melayan karenah anak,bila ko ngantuk tapi kena bangun tengah malam sebab anak nak menyusu,bila ko baru nak uruskan diri sendiri macam makan,pergi tandas tapi anak dah menangis.jadi sampai satu tahap,ko akan ketepikan diri ko sementara dengan dahulukan anak atau mungkin kena berkejar lakukan semua perkara dengan cepat.


hm,dah 3hari aku menaip entry ni.kahkah.mana taknya sambil menaip,sambil membelek anak.punya la pjg dan lama nak siapkan satu entry tapi kira gigih nak update..so,lebih baik aku berhenti sebab risau korang muntah baca entry tak berkesudahan.


p/s :enjoy life as mommy <3

No comments:

Post a Comment